Blogger Widgets


POST 1 Title POST 2 Title POST 3 Title POST 4 Title POST 5 Title

Friday, November 2, 2012

BLOG VIEW: NEXT SWANSEA CITY ~ TORRES ATAU STURRIDGE?

Posted by ARIFFIN.SOHLIHOON 7:10 PM, under ,, | 1 comment

Salam to all...

Selepas 2 perlawanan panas menentang team setan merah dan selepas Chelsea (macam biasa) menjadi tumpuan media dengan cerita-cerita dan isu luar padang, sekarang ini jom kita kembali kepada realiti. 

Sturridge... RDM perlu beri peluang untuknya.
Owh ya... info untuk mana-mana peminat Chelsea dan pembaca yang mungkin tinggal di luar planet bumi atau mungkin hidup di dalam batu, Chelsea telah menerima kekalahan pertamanya dalam liga musim ini selepas melalui rintangan luar biasa kepada setan merah 2-3 minggu lepas. Apapun pagi Khamis baru ni, Chelsea telah berjaya menumpaskan lawan yang sama dalam Capital One Cup dan seterusnya menendang keluar MU dari saingan cup itu. Chelsea melangkah ke suku akhir dan dijadualkan bertemu Leeds United tengah bulan depan.

Chelsea kini kekal di tangga teratas liga dengan 22 mata selepas 9 perlawanan diikuti rapat MU dan MCity 1 mata dibelakang. Minggu ini Chelsea akan berkunjung ke Leeds United dalam misi untuk menang besar dan terus kekal di puncak liga. Apa diharapkan bintang Chelsea akan terus mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan disamping mengharapkan 2 pencabar terdekat akan keciciran mata. MU akan bermain home menentang Arsenal manakala Man City akan menghadapi laluan agak sukar berkunjung ke West Ham.  Samada rival kita ini akan tercicir mata (MU vs Arsenal - Howard Webb jadi reff... so paham2 la) jadi perkara kedua, yang penting Chelsea mesti menang dengan Swansea.

Capital One Cup: Swansea City 3 - Liverpool 1
Swansea, dibawah bekas bintang Denmark, Michael Laudraups berada dalam situasi yang agak tidak konsisten. Samada ianya sememangnya tidak konsisten entahlah... Swansea selepas menang 3 perlawanan berturut-turut ketika permulaan, hanya menang sekali dari lima perlawanan tempat sendiri (1W, 2D, 2L). Namun begitu Swansea merobek Liverpool 3-1 di Anfield dalam Capital One Cup 4 hari lepas. Apapun Chelsea telah bersedia dan 3 mata di tempat lawan boleh kita capai. Untuk rekod, Chelsea belum lagi tewas di tempat lawan dalam saingan liga musim ini. Selepas melakukan beberapa pertukaran pemain dalam Capital One Cup, Malaysian Blues menjangkakan Chelsea akan kembali kepada kesebelasan yang biasa dengans sedikit perubahan untuk perlawanan ini.


Ok.... satu persoalan yang menjadi dilema untuk diperbincangkan, siapakah yang akan menjadi pilihan RDM untuk memulakan permainan sebagai striker utama? Torres telah bermain setiap perlawanan sebelum ini (kecuali menentang MU Capital One kerana penggantungan). Tetapi secara jujurnya, Malaysian Blues merasakan kadang-kadang Torres semakin dirasakan tidak layak untuk menerima servis trio terbaik Chelsea Oscar-Mata-Hazard. Entahlah.... kadang-kadang seperti hilang kepercayaan kepadanya (terlalu lama kepercayaan telah diberikan..( BACA SINI )

Mungkin sehingga musim perpindahan Januari tiba dengan seorang striker yang berkaliber yang benar2 menggantikan Drogba, mahu tak mahu akan timbul juga perdebatan dan sembang sama ada Torres atau Sturridge patut diturunkan sebagai striker utama. RDM memberikan peluang untuk Sturridge dalam perlawanan menentang MU pagi khamis lepas (Torres digantung perlawanan). Ok... Sturridge nampak sedikit berkarat (mungkin sbb lama tak turun) tetapi secara keseluruhannya nampak Ok bagi Malaysian Blues. Dia dapat menjaringkan gol, masih agak sedikit selfish dan link yang cukup baik dengan Victor Moses. Malaysian Blues merasakan untuk kali ini Sturridge mungkin lebih berhak untuk tempoh masa bermain yang lebih banyak. In return... RDM seharusnya berani memberikan Sturridge lebih masa bermain dan kita lihat berapa banyak gol yang akan diberikan untuk Chelsea. Adakah Sturridge akan mampu memberikan lebih gol berbanding pemain 50 juta pound. Siapa tahu...by the way Sturiddge nampak lebih confident berbanding Torres.

Ok... malam sabtu jangan lupa. Chelsea vs Swansea. Malaysian Blues dapat rasakan Chelsea akan membawa pulang 3 mata dari perlawanan ini walaupun musim lepas Chelsa hanya sekadar seri 1-1. Musim ini pastinya berbeza, Chelsea dengan identiti paling baru dan mantap dan pasti dibuktikan Swansea bukan lawannya. Swansea vs Chelsea... kita jangkakan open play game.


Pilihan Malaysian Blues vs Swansea: 
Cech, Azpilicueta, Luiz, Cahill, Cole, Ramires, Mikel, Hazard, Oscar, Mata, Sturridge.

(bagi peluang kat Azpilicueta. Sturridge, please prove something. Moses get ready).

Prediction: Swansea 1 Chelsea 4.

Malaysian Blues - The Chelsea FC



Berikan komen anda...


Kongsikan dengan rakan..

1 comments:

Getting a written replacement valuation is an effective weapon when seeking value from
your insurance company or loss adjuster. However, the bright red
coloring of the characters often clash against the deep Jade coloring making it hard to decipher the proper letters.
Ryan-Willis said at the beginning, she spent about 20 minutes daily
finding more information on how to improve her business,
advertise on other websites or read about other successful candle makers.


Here is my website: handmade headbands

Post a Comment

Komen anda di sini...

MALAYSIAN BLUES - POST TERKINI

MALAYSIA SUPER LEAGUE 2014

ENGLISH PREMIER LEAGUE 2014/15

Komen anda mengenai BLOG MALAYSIANBLUES di sini...

MBCFC YouTube

MALAYSIA - AFF 2010 CHAMPIONS

HARIMAU MALAYA - AFF2010 CHAMPIONS

CFC - KING OF EUROPE

CFC - KING OF EUROPE

Kisah Lama

Archives